awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam maut letupan bom bunuh diri di Congo

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2021
23:00 MYT
Enam maut letupan bom bunuh diri di Congo
Seorang kanak-kanak dilihat semasa berjalan di bandar Beni, Congo. - Foto REUTERS
BENI: Sekurang-kurangnya enam individu maut dalam insiden letupan pengembom bunuh diri di sebuah restoran di Beni, Congo pada Sabtu.
Serangan berlaku ketika angkatan tentera Congo dan Uganda melancarkan operasi besar-besaran terhadap kumpulan pengganas.
"Lima orang awam terbunuh dalam insiden berkenaan, dengan pengebom itu, jumlah angka korban adalah enam orang," kata Datuk Bandar Beni, Narcisse Muteba Kashale kepada agensi berita Reuters.
Jurucakap kerajaan Congo, Patrick Muyaya dalam catatan terbaharu di akaun Twitter miliknya berkata, siasatan berkenaan kejadian tersebut telah dilancarkan pihak berkuasa.
Ketika ini masih tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab.
Congo dan Uganda melancarkan operasi ketenteraan di kawasan berkenaan sejak November lalu mensasarkan Angkatan Tentera Demokrasi Bersekutu (ADF) yang dikatakan ada kaitan dengan kumpulan pengganas ISIS.
Sebelum ini kumpulan tersebut didakwa telah menyebabkan beberapa siri pengeboman di wilayah itu.
Topic Berkaitan
#maut
#restoran
#kumpulan pengganas
#pengembom bunuh diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan