awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erdogan risau kesihatan Tun M, akan hubungi bila beliau lebih sihat - PM Anwar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/01/2026
15:15 MYT
Erdogan risau kesihatan Tun M, akan hubungi bila beliau lebih sihat - PM Anwar
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menzahirkan kerisauan tentang keadaan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad, susulan bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini. - Foto BERNAMA
ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menzahirkan kerisauan tentang keadaan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad, susulan bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media Malaysia, selepas mengadakan pertemuan dengan Erdogan baru-baru ini.
“Presiden Tayyip Erdogan juga menanyakan tentang kesihatan Tun Dr Mahathir. Saya jelaskan sedikit daripada apa yang telah disampaikan oleh doktor dan beliau bersama-sama mengucapkan selamat serta mendoakan agar afiah dan keselamatan,” katanya lagi.
Anwar berkata, Erdogan turut menyatakan hasrat untuk menghubungi Dr Mahathir bagi bertanya khabar dan menyampaikan doa secara peribadi sekiranya keadaan kesihatan beliau bertambah baik.
Pada Selasa lepas, media melaporkan Dr Mahathir telah dirujuk ke IJN selepas terjatuh di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor.
Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff, mengesahkan negarawan itu memerlukan beberapa minggu untuk menjalani rawatan dan pemantauan di hospital.
Untuk rekod, Dr Mahathir pernah dimasukkan ke IJN pada Julai tahun lalu akibat keletihan selepas menghadiri satu majlis di Putrajaya, beberapa hari selepas menyambut ulang tahun beliau yang ke-100.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Recep Tayyip Erdogan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Institut Jantung Negara IJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan