awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU cadang langkah baharu perangi peningkatan harga tenaga

Bernama
Bernama
19/10/2022
03:47 MYT
EU cadang langkah baharu perangi peningkatan harga tenaga
Pakej itu dibentangkan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Pesuruhjaya Eropah yang lain pada Selasa di Strasbourg, Perancis. - Fail/AP
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah mencadangkan pakej baharu bertujuan meningkatkan kestabilan pasaran gas Eropah.
Pakej itu dibentangkan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Pesuruhjaya Eropah yang lain pada Selasa di Strasbourg, Perancis.
Langkah itu termasuk pembelian gas secara bersama, penetapan harga Gas Asli Cecair (LNG) dan perpaduan tenaga default antara negara anggota Kesatuan Eropah (EU), lapor Xinhua.
Von der Leyen juga menekankan keperluan untuk meneruskan usaha menjimatkan gas serta melabur dalam sektor tenaga boleh dibaharui.
"Dalam konteks krisis gas semasa, kami bersedia membantu firma yang mahu menyertai konsortium pembelian bersama, tertakluk kepada perlindungan dan selaras dengan peraturan persaingan," kata naib presiden eksekutif Suruhanjaya Eropah Margrethe Vestager.
Matlamat pembelian gas secara bersama adalah untuk mengurangkan bidaan tidak diselaras bagi bekalan gas antara negara anggota, memberi akses lebih adil dan potensi penurunan harga.
Suruhanjaya Eropah juga mencadangkan untuk mewujudkan penanda aras bagi penetapan harga baharu LNG yang lebih mencerminkan realiti pasaran gas semasa berbanding indeks harga Kemudahan Pemindahan Hakmilik (TTF) sedia ada.
"Penanda aras harga semasa tidak lagi disesuaikan dengan harga pasaran yang beralih daripada gas saluran paip kepada LNG.
"Kami akan membangunkan penanda aras baharu dan menyediakan mekanisme untuk mengehadkan harga gas yang berlebihan dalam masa yang sama," kata von der Leyen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#EU
#pasaran gas Eropah
#Ursula von der Leyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan