awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU sediakan tambahan 400 juta euro tangani kesan pasca gempa Turkiye

Bernama
Bernama
18/09/2023
13:04 MYT
EU sediakan tambahan 400 juta euro tangani kesan pasca gempa Turkiye
Pada 6 Februari, dua gempa bumi besar dan gempa susulan menggegarkan Turkiye tenggara dan Syria utara, meragut nyawa lebih 50,000 orang. - Gambar fail
BRUSSELS: Kesatuan Eropah akan menyediakan tambahan 400 juta euro (AS$426.8 juta) dalam bantuan bencana kepada Turkiye untuk menangani kesan selepas dua gempa bumi kuat yang melanda negara itu awal tahun ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pada 6 Februari, dua gempa bumi besar dan gempa susulan menggegarkan Turkiye tenggara dan Syria utara, meragut nyawa lebih 50,000 orang.
Pembiayaan baharu daripada belanjawan EU diberikan di atas ikrar bantuan sebelum ini.
Pada Mac, persidangan penderma antarabangsa yang diketuai oleh EU telah mengumpulkan sejumlah 6.05 bilion euro dalam bentuk geran dan pinjaman untuk Turkiye, sebahagian besar daripadanya datang daripada Kesatuan Eropah, negara-negara anggota EU, dan Bank Pelaburan Eropah.
Dana itu akan digunakan untuk pembinaan semula selaras dengan piawaian antarabangsa untuk zon gempa, kata suruhanjaya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#peruntukan
#Turkiye
#pasca gempa
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan