awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem kontroversi Trump 'The Apprentice' ditayangkan sebelum pilihan raya presiden AS

Bernama
Bernama
31/08/2024
05:30 MYT
Filem kontroversi Trump 'The Apprentice' ditayangkan sebelum pilihan raya presiden AS
"The Apprentice", yang ditayangkan di Festival Filem Cannes pada Mei, mengisahkan kerjaya Trump sebagai ahli perniagaan hartanah di New York pada 1970-an dan 1980-an. - Gambar/ Reuters
LOS ANGELES: 'The Apprentice', filem drama biografi kontroversi mengenai Donald Trump semasa zaman mudanya, bekas presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon presiden Republikan 2024, akan ditayangkan di pawagam AS dan Kanada pada Oktober, beberapa minggu sebelum pilihan raya presiden pada November, lapor media pada Jumaat.
Filem yang menjadi perbualan hangat itu telah diperoleh oleh Briarcliff Entertainment untuk tayangan sebelum pilihan raya pada 11 Oktober, menurut Xinhua yang memetik laporan The Hollywood Reporter, sebuah majalah industri hiburan terkemuka Amerika.
Diarahkan oleh Ali Abbasi dan ditulis oleh Gabriel Sherman, filem itu menampilkan Sebastian Stan sebagai Trump.
"The Apprentice", yang ditayangkan di Festival Filem Cannes pada Mei, mengisahkan kerjaya Trump sebagai ahli perniagaan hartanah di New York pada 1970-an dan 1980-an.
Filem itu telah dipertandingkan di Cannes dan serta-merta mencetuskan kontroversi, menurut Los Angeles Times.
Selepas pelancaran filem itu, pengarah komunikasi kempen Trump, Steven Cheung, mengecamnya sebagai "sampah" dan "fiksyen semata-mata" serta berjanji untuk memfailkan saman terhadap pembuat filem itu dalam usaha untuk menggagalkan penayangannya, lapor akhbar itu.
"The Apprentice" memperoleh hak pengedaran di Kanada, Eropah dan beberapa bahagian di Asia, tetapi filem itu menghadapi ketidakpastian di Amerika Syarikat, apabila studio, penstrim dan pengedar teragak-agak untuk mengundang kemarahan Trump dan penyokongnya, menurut laporan itu.
Bagaimanapun, selepas beberapa bulan rundingan, Briarcliff akhirnya mengambil langkah untuk mendapatkan hak pengedaran domestik filem itu, tambah laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#filem kontroversi
#the apprantice
#pilihan raya presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan