awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina komited sokong usaha keanggotaan Timor-Leste dalam ASEAN

Bernama
Bernama
25/05/2025
10:07 MYT
Filipina komited sokong usaha keanggotaan Timor-Leste dalam ASEAN
Dalam kenyataan pada November 2022, pemimpin ASEAN bersetuju "secara prinsip untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota ke-11" blok itu.
MANILA: Filipina akan terus menyokong usaha Timor-Leste untuk menjadi anggota penuh Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), kata bakal Setiausaha Hal Ehwal Luar Theresa Lazaro pada Sabtu.
Menurut Agensi Berita Filipina (PNA), Lazaro yang kini merupakan Setiausaha Rendah Hal Ehwal Luar bagi Hubungan Dua Hala dan Hal Ehwal ASEAN mewakili Manila dalam Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN pada 24 Mei sebagai persediaan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat Berkaitan di Kuala Lumpur, Malaysia.
"Kami membincangkan kepentingan memperkukuh pemusatan ASEAN sambil mengembangkan perkongsian strategik," katanya menerusi hantaran di X.
"Kami juga komited menyokong proses penyertaan Timor-Leste serta menyumbang kepada pelaksanaan Visi Komuniti ASEAN 2045."
Blok serantau itu sebelum ini telah memberikan status pemerhati kepada negara berkenaan serta membenarkan penyertaannya dalam semua mesyuarat termasuk sesi pleno sidang kemuncak.
Dalam kenyataan pada November 2022, pemimpin ASEAN telah bersetuju "secara prinsip untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota ke-11" blok itu.
Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) sebelum ini memaklumkan bahawa penyertaan Timor-Leste ke dalam blok itu merupakan antara agenda utama dalam mesyuarat ASEAN yang akan datang.
Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat Berkaitan di Malaysia pada 26 dan 27 Mei.
Anggota semasa ASEAN ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Filipina
#Timor Leste
#keanggotaan penuh
#ASEAN2025
#ASEAN25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan