awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina, Korea Selatan tandatangan perjanjian perdagangan bebas

Bernama
Bernama
08/09/2023
09:47 MYT
Filipina, Korea Selatan tandatangan perjanjian perdagangan bebas
Menerusi FTA itu, Filipina menjangkakan Korea Selatan boleh membuka akses pasarannya kepada produk pertanian Filipina, termasuk buah-buahan tropika. -Gambar hiasan/Pexels
MANILA: Filipina dan Korea Selatan telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang bertujuan untuk meningkatkan akses pasaran antara kedua-dua negara Asia itu, menurut kerajaan Filipina pada Jumaat.
Menteri perdagangan kedua-dua negara menandatangani perjanjian perdagangan pada Khamis semasa sidang kemuncak ASEAN-Korea Selatan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, menurut Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) Filipina.
Pemimpin kedua-dua negara, Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos dan Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol menyaksikan pemeteraian perjanjian itu.
Menerusi FTA itu, Filipina menjangkakan Korea Selatan boleh membuka akses pasarannya kepada produk pertanian Filipina, termasuk buah-buahan tropika.
Perkongsian itu juga boleh membawa kepada pelaburan strategik dalam sektor dan industri utama seperti pembuatan dan eksport.
Marcos menyifatkan FTA itu sebagai "langkah besar" dan hubungan dua hala dan menantikan peningkatan perjanjian perdagangan yang "melangkaui perkongsian kerajaan-dengan-kerajaan."
Yoon berkata Korea Selatan turut berminat untuk meluaskan peluang pekerjaan buat rakyat Filipina di luar negara di bawah "sistem permit pekerjaan."
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Filipina
#perjanjian bebas
#FTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan