awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Finland tutup empat lintasan sempadan dengan Rusia

Bernama
Bernama
18/11/2023
15:26 MYT
Finland tutup empat lintasan sempadan dengan Rusia
Finland menutup empat lintasan sempadannya dengan Rusia pada awal pagi Sabtu ekoran peningkatan mendadak migran yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Rusia tanpa dokumentasi lengkap. - Foto REUTERS
HELSINKI: Finland menutup empat lintasan sempadannya dengan Rusia pada awal pagi Sabtu ekoran peningkatan mendadak migran yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Rusia tanpa dokumentasi lengkap, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
Agensi perlindungan sempadan Finland berkata penutupan itu yang diumumkan pada Khamis, dilaksanakan di Vaalimaa, Nuijamaa, Imatra dan Niirala di tenggara. Kini hanya lintasan kereta api di Vainikkala di wilayah itu masih dibuka.
Helsinki menuduh pihak berkuasa Rusia membantu pendatang menyeberang untuk memohon suaka di negara Kesatuan Eropah itu.
Permohonan suaka kini dikendalikan di pos sempadan Salla dan Vartius, ratusan kilometer ke utara.
Bilangan pencari suaka tanpa dokumen di tenggara Finland meningkat dengan ketara sekali lagi pada Jumaat kepada 163, dua kali ganda bilangannya berbanding keseluruhan minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Finland
#tutup lintasan sempadan
#Rusia
#peningkatan migran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan