awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firma India henti jual seragam kepada polis Israel

Sinar Harian
Sinar Harian
21/10/2023
01:15 MYT
Firma India henti jual seragam kepada polis Israel
Dua anggota polis wanita Israel berkawal di sebuah kawasan kejiranan di Baitulmaqdis Timur. - Foto Agensi
BENGALURU: Sebuah firma India telah menamatkan kontrak membuat pakaian seragam bagi polis Israel atas alasan moral berhubung perang di Genting Gaza.
Syarikat Maryan Apparel di negeri selatan Kerala membekalkan kira-kira 100,000 pakaian seragam kepada pasukan polis rejim Zionis setiap tahun sejak 2015.
Pengarah urusan syarikat berkenaan, Thomas Olickal dalam satu kenyataan menyebut, keputusan itu didorong oleh serangan udara menyasarkan sebuah hospital di utara Gaza dan kematian ribuan nyawa yang tidak bersalah.
Menurut Olickal, firmanya akan memenuhi komitmen sedia ada kepada Israel yang berakhir pada Disember tetapi tidak akan menerima pesanan baharu.
“Kami tiada masalah untuk berurusan dengan mereka (polis Israel) sekiranya keamanan dapat dipulihkan,” katanya.
Selain Israel, firma tersebut turut membekalkan pakaian seragam kepada tentera Filipina dan pegawai kerajaan di Arab Saudi. - AFP/SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#firma India
#pakaian seragam
#polis Israel
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan