awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fosil telur dinosaur ditemukan di wilayah barat daya Korea Selatan

Bernama
Bernama
25/02/2023
05:45 MYT
Fosil telur dinosaur ditemukan di wilayah barat daya Korea Selatan
Salah satu daripada empat telur dinosaur yang masih sempurna, selain lebih 100 serpihan telur ditemukan di daerah Sinan di wilayah selatan Jeolla. - www.koreatimes.co.kr
SEOUL: Fosil telur dinosaur herbivor ditemukan baru-baru ini di wilayah Sinan di barat daya Korea Selatan, berhampiran tapak tempat fosil dinosaur karnivor dijumpai lebih sedekad lalu.
Kebiasaannya fosil telur dinosaur karnivor dan herbivor itu jarang ditemukan di lokasi yang sama, menurut sekumpulan saintis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Empat telur dinosaur yang masih sempurna dan lebih 100 serpihan telur ditemukan di daerah Sinan di wilayah selatan Jeolla pada Ahad, menurut Pusat Penyelidikan Dinosaur Universiti Kebangsaan Chonnam. Fosil tulang dinosaur turut ditemukan di tapak itu.
Analisis lanjut menunjukkan sebahagian fosil berasal daripada telur dinosaur herbivor besar dengan selebihnya dianggap sama ada daripada dinosaur pemakan tumbuhan kecil atau burung.
Fosil itu ditemukan hanya 100 meter dekat dengan tapak sarang fosil dinosaur karnivor dijumpai pada 2009. Kedua-dua fosil itu dianggap berasal dari zaman yang sama kerana ia ditemukan pada lapisan batu yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fosil dinosaur
#fosil telur
#Korea Selatan
#haiwan herbivor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan