awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
‘Track Two’ pikul tanggungjawab penting tamatkan operasi ketenteraan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2024
23:00 MYT
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh. - Foto REUTERS
FIUGGI: Negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) sedang mencari pendirian bersama mengenai waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Mmenteri Luar Itali, Antonio Tajani, berkata perkara itu dibincangkan pada sesi kerja pertama Mesyuarat Menteri Luar G7.
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Beliau menambah bahawa usaha sedang dilakukan untuk memasukkan perkara ini dalam akhir mesyuarat.
Amerika Syarikat menolak keputusan ICC tersebut, dan Presiden Joe Biden menyifatkannya sebagai keterlaluan.
Di Itali sendiri, pendapat mengenai isu ini turut berpecah dalam kalangan kerajaan gabungan.
ICC telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu, bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant dan pemimpin Hamas, Ibrahim Al-Masri, atas dakwaan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan dalam konflik Gaza.
Israel mengecam keputusan itu sebagai memalukan dan tidak berasas.
Tajani turut menjemput pemimpin dari Jordan, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar untuk menyertai perbincangan di Itali, dengan tujuan memperluaskan dialog mengenai isu ini.
Topic Berkaitan
#G7
#waran tangkap
#ICC
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan