awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara final Euro 2020, sekolah di England benarkan pelajar datang lewat pagi Isnin

Agensi
Agensi
11/07/2021
04:40 MYT
Gara-gara final Euro 2020, sekolah di England benarkan pelajar datang lewat pagi Isnin
England akan bertemu Itali dalam perlawanan akhir, malam ini. -Reuters
LONDON: Majoriti sekolah di England akan membenarkan pelajar masuk lewat pada Isnin selepas perlawanan akhir Euro 2020 di antara England dan Itali.
Perlawanan bermula pada pukul 8 malam pada Ahad malam di Stadium Wembley dengan England membawa misi mengakhiri penantian beberapa dekad untuk memenangi gelaran dalam kejohanan utama.
Pihak sekolah berpendapat perlawanan ini akan menjadi satu bentuk pembelajaran kepada pelajar.
Mereka dibenarkan hadir ke sekolah selewat-lewatnya jam 10.30 pagi, biarpun kelas akan bermula seperti biasa pada jam 8.40 pagi.
"Lebih baik mereka dapatkan tidur yang secukupnya dan hadir ke sekolah dalam keadaan bersedia.
"Itu lebih baik daripada tidak hadir atau hadir ke sekolah dalam keadaan marah kerana tak cukup tidur," kata seorang jurucakap sekolah di London.
Sementara itu, di Sekolah Rendah Salcombe Church of England di Devon, murid-murid juga menggalakkan pelajar mereka menonton perlawanan berkenaan.
"Jika anak anda adalah peminat bola sepak dan mungkin akan berjaga pada hari minggu untuk menonton final Euro 2020, biarkan mereka tidur sepuasnya sebelum datang ke sekolah.
"Sudah 55 tahun sejak kali terakhir pasukan England mara ke perlawanan akhir kejohanan penting seperti ini, jadi biarkan mereka menonton, menyanyikan lagu kebangsaan dengan bangga serta bercakap dengan terbuka tentang kekuatan, kebanggaan dan kekecewaan," kata sekolah itu dalam kenyataan di Facebook.
England akan bertemu Itali dalam perlawanan akhir, malam ini.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#Euro 2020
#London
#England
#Itali
#bola sepak
#sekolah
#pelajar
#Stadium Wembley
#Sekolah Rendah Salcombe Church of England
#datang lewat
#tidur secukupnya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan