awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi 7.4 magnitud gegar selatan Mexico, amaran tsunami dikeluarkan

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2020
20:25 MYT
Gempa bumi 7.4 magnitud gegar selatan Mexico, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa berkekuatan 7.4 magnitud itu dilapor menyebabkan kerosakan teruk pada struktur bangunan.
Satu gempa bumi kuat menggegarkan Mexico lewat malam tadi.
Gempa berkekuatan 7.4 magnitud yang berlaku jam 10.29 pagi waktu tempatan (11.29 malam waktu Malaysia) itu dilapor menyebabkan kerosakan teruk.
Gempa dilapor menggoncang negeri Oaxaca dengan gegaran turut dirasai sehingga ke ibu kota Mexico City yang terletak 360 kilometer dari pusat gempa.
Media melaporkan gegaran menyebabkan struktur bangunan bergegar, tingkap pecah, dinding runtuh dan orang ramai melarikan diri keluar ke jalanan di bandar Mexico.
Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obradon berkata seorang terbunuh dan seorang lagi cedera dalam runtuhan bangunan di Huatulco, Oaxaca.
Manakala seorang lagi terbunuh selepas rumah runtuh di perkampungan gunung kecil San Juan Ozolo-Tepec.
Gempa 7.4 magnitud gegar selatan Mexico.
Gempa 7.4 magnitud gegar selatan Mexico.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), impak gempa dikesan pada kedalaman 23km.
M 7.4 - 11 km SSW of Santa María Zapotitlán, Mexico. https://t.co/3sOT3XVzim pic.twitter.com/YVsYz3E0pI
— USGS (@USGS) June 23, 2020
Gempa pada mulanya dikesan berkekuatan 7.7 sebelum diturunkan kepada 7.4 magnitud.
Peningkatan paras laut dikesan dan amaran tsunami telah dikeluarkan untuk Mexico, Honduras, El Salvador dan Guatemala.
#PemexInforma que por sismo con epicentro en costas de Oaxaca, la refinería "Antonio Dovalí Jaime" en Salina Cruz fue puesta en paro seguro por registro de disparo en los turbo generadores y caldera, lo que provocó un conato de incendio que fue sofocado de inmediato. pic.twitter.com/LCG6hX1Vei
— Petróleos Mexicanos (@Pemex) June 23, 2020
Topic Berkaitan
#El Salvador
#gempa bumi
#Guatemala
#Honduras
#magnitud
#Mexico
#paras laut
#Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat
#USGS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan