awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi kuat ranapkan kampung di Maghribi

Bernama
Bernama
10/09/2023
11:30 MYT
Gempa bumi kuat ranapkan kampung di Maghribi
Gempa bumi 7 magnitud, yang melanda Maghribi awal Jumaat, mengorbankan sekurang-kurangnya 2,012 orang dan mencederakan 2,059 yang lain. - AP
RABAT: Gempa bumi kuat, yang melanda Maghribi dan mengorbankan lebih 2,000 orang pada Jumaat, telah meratakan sebuah perkampungan gunung kecil di negara itu, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media Maghribi pada Ahad.
Gempa bumi yang menggegarkan beberapa kawasan di negara Afrika Utara itu memusnahkan sepenuhnya perkampungan yang terletak di wilayah Chichaoua berhampiran bandar Marrakesh, kata televisyen kerajaan Maghribi, lapor dpa.
Pasukan penyelamat yang beroperasi di kampung itu telah mengeluarkan 65 mayat dari runtuhan dan sedang mencari empat yang lain, menurut penyiar tersebut.
Sebuah kubur besar telah disediakan untuk pengebumian mangsa.Disebabkan kesukaran kawasan pencarian, pihak berkuasa menggunakan dron untuk mencari mayat di bawah runtuhan dan pesawat untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terselamat, lapor portal berita Maghribi Hespress.
Masih belum dapat dipastikan berapa ramai penduduk yang tinggal di kampung itu. Tetapi menurut Hespress, terdapat kira-kira 100 rumah diperbuat daripada bata lumpur dan simen di lokasi kejadian.
Gempa bumi 7 magnitud, yang melanda Maghribi awal Jumaat, mengorbankan sekurang-kurangnya 2,012 orang dan mencederakan 2,059 yang lain, menurut angka rasmi terkini.
Maghribi mengisytiharkan tiga hari berkabung untuk mangsa, dengan bendera negara dikibarkan separuh tiang di semua bangunan awam, menurut kenyataan mahkamah diraja.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Maghribi
#kampung musnah
#runtuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan