awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Myanmar: Gegaran dirasai di Vietnam, Laos

Bernama
Bernama
28/03/2025
12:02 MYT
Gempa bumi Myanmar: Gegaran dirasai di Vietnam, Laos
Penduduk di ibu kota Vietnam, Hanoi, Ho Chi Minh City, dan beberapa kawasan lain terutama penghuni bangunan tinggi merasai gegaran ringan susulan gempa bumi yang berlaku di Myanmar pada Jumaat. Foto earthquake.usgs.gov
HANOI: Penduduk di ibu kota Vietnam, Hanoi, Ho Chi Minh City, dan beberapa kawasan lain terutama penghuni bangunan tinggi merasai gegaran ringan susulan gempa bumi yang berlaku di Myanmar pada Jumaat, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam (VNA).
Penduduk di beberapa kawasan di Hanoi seperti daerah Hoang Mai, Thanh Xuan, Ha Dong dan Thanh Tri berkata mereka merasai gegaran selama 3 hingga 5 minit, menurut laporan media tempatan.
Di Ho Chi Minh City, penghuni bangunan tinggi melaporkan apartmen mereka bergegar seketika dan terpaksa keluar beramai-ramai, menurut akhbar tempatan Tuoi Tre (Youth).
Sementara itu di Laos, gegaran dirasai di beberapa bandar dengan tiada laporan kematian setakat ini.
Gegaran dilaporkan di utara dan tengah Laos serta ibu kota Vientiane, menurut laporan dari Pusat Data Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan Laos.
Pihak berkuasa mengingatkan penduduk agar terus berwaspada dan bersedia menghadapi kemungkinan gegaran susulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi Myanmar
#gegaran
#laos
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan