awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Jepun: Semua pelajar kita selamat - Wisma Putra

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2016
00:26 MYT
Gempa Jepun: Semua pelajar kita selamat - Wisma Putra
Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi semasa dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk sebarang makluman serta perkembangan terkini. - Foto AFP
Semua 18 orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology dilaporkan selamat dalam gempa bumi yang melanda Jepun pada Khamis.
Dalam satu kenyataan Kementerian Luar menjelaskan semua pelajar dilaporkan selamat dan berada di zon pemindahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jepun di bandar Kumamoto.
"Kedutaan Besar Malaysia juga sedang mengesahkan status rakyat Malaysia lain yang mungkin berada di kawasan terjejas sewaktu kejadian.
"Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi semasa dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk sebarang makluman serta perkembangan terkini," jelas kenyataan itu.
Satu gempa bumi berukuran 6.5 skala richter melanda Daerah Kumamoto, Kepulauan Kyushu yang terletak 1,186 km di selatan Tokyo pada jam 9.26 malam pada Khamis.
Sekurang-kurangnya sembilan dilaporkan terkorban dan 765 lagi cedera dalam kejadian tersebut. Kerajaan Jepun mengumumkan bahawa pihak berkuasa telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menangani situasi ini serta menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Topic Berkaitan
#gempa
#Jepun
#Kumamoto
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan