awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Turkiye: Remaja tidak sedar lari dalam keadaan pergelangan kaki patah

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/02/2023
11:02 MYT
Gempa Turkiye: Remaja tidak sedar lari dalam keadaan pergelangan kaki patah
Serkan Mulhim berkata, kepatahan kakinya berpunca daripada salah satu serpihan runtuhan yang telah menghempap mengenai kakinya. - Foto Astro AWANI
GAZIENTEP: Seorang remaja lelaki warga Turki tidak sedar ketika sedang berlari menyelamatkan diri dalam keadaan pergelangan kaki yang telah patah.
Serkan Mulhim berkata, kecederaan itu berpunca daripada salah satu serpihan runtuhan yang telah jatuh menghempap kakinya.
“Kejadian gempa berlaku pada jam 4 pagi ketika saya sedang tidur dan gegaran awal yang kuat menyebabkan kaki saya terkena salah satu serpihan batu yang runtuh.
“Saya terpaksa lari keluar dan memang tidak sedar kaki saya telah patah kerana terlalu trauma dengan kejadian ketika itu,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Ditanya mengenai ahli keluarganya, Serkan berkata beliau bersyukur kerana ibu dan bapanya tiada di rumah sewaktu kejadian, kerana sedang menginap di rumah adik-beradiknya.
Mengulas lanjut, beliau yang kini menginap di salah satu kawasan perkhemahan di Kartal menyatakan hasrat untuk menuju ke Antalya bertemu ahli keluarganya.
Namun, keadaannya yang tidak mengizinkan itu menyukarkan pergerakannya untuk ke lokasi lain.
Dalam pada itu, Serkan memaklumkan, menginap di dalam khemah dalam cuaca yang amat sejuk merupakan cabaran yang paling utama.
Ini termasuk kekurangan untuk menjalani kehidupan seharian.
“Keperluan yang paling penting ketika ini adalah tandas dan ini yang paling sukar apabila menginap di khemah lebih-lebih dalam keadaan saya sekarang ini.
“Saya masih bersyukur kerana bantuan makanan masih mencukupi buat masa ini,” katanya lagi.
Sebahagian daripada kediamannya musnah akibat gelombang pertama gempa bumi yang berlaku di Turkiye.
Bagaimanapun, ia tidak lagi sesuai untuk dihuni berikutan struktur bangunan yang mengalami keretakan teruk.
Serkan kini bersama-sama dengan beberapa lagi keluarga lain yang turut berdepan nasib sama menginap di kawasan khemah untuk berlindung secara sementara.
Dapatkan berita dan informasi terkini berkaitan gempa di Turkiye dan Syria di sini
Topic Berkaitan
#gempa turkiye
#remaja Turki
#pergelangan kaki patah
#Serkan Mulhim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan