awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan

Agensi
Agensi
19/01/2025
10:31 MYT
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad. - Gambar fail/REUTERS
TIGA tebusan warga Israel akan dibebaskan pada jam 4 petang waktu tempatan.

Ringkasan AI
  • Tiga tebusan warga Israel dijadualkan dibebaskan pada jam 4 petang, dengan empat lagi wanita dijangka menyusul dalam seminggu.
  • Gencatan senjata di Gaza bermula 11.15 pagi, tertangguh akibat isu senarai tebusan yang dibebaskan.
  • Hamas dan Israel bertukar senarai nama tebusan di tengah situasi tegang, dengan serangan berlaku sebelum gencatan dimulakan.

Malah kenyataan pejabat Perdana Menteri Israel pada masa sama memaklumkan empat lagi tebusan wanita dijangka dibebaskan dalam tempoh seminggu.
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Terdahulu, perjanjian gencatan senjata yang sepatutnya bermula 6.30 pagi tertangguh dengan Israel mendakwa ia tidak akan dimulakan selagi Hamas tidak menyediakan senarai tebusan yang akan dibebaskan.
Malah satu letupan besar kedengaran di Gaza selepas perjanjian itu tertangguh.
Serangan rejim zionis itu dilakukan pada jam 7 pagi waktu tempatan kira-kira 30 minit selepas gencatan senjata sepatutnya bermula.
Sementara itu, Jurucakap Sayap Tentera Hamas dalam hantaran di telegram dipetik Reuters berkata, pihaknya mengeluarkan senarai tiga nama tebusan warga Israel yang dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata.
Pegawai Hamas berkata, kelewatan penyerahan senarai tebusan itu adalah disebabkan masalah teknikal.
Malah, Israel memaklumkan pihaknya sudah menerima tiga nama yang akan dibebaskan itu.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Gaza
#Israel
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan