awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gencatan senjata di Gaza penting demi tamatkan pertumpahan darah - Ketua Pengarah WHO

Bernama
Bernama
11/12/2023
06:46 MYT
Gencatan senjata di Gaza penting demi tamatkan pertumpahan darah - Ketua Pengarah WHO
Resolusi WHO itu menyeru penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan "kadar segera, berterusan dan tanpa halangan," termasuk akses untuk kakitangan perubatan. - Foto AP
GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad berkata "tanpa gencatan senjata, keamanan tidak akan wujud" ketika menyentuh mengenai situasi di Gaza.
Beliau membuat kenyataan itu semasa ucapan penutup pada sesi khas lembaga eksekutif WHO, di mana satu resolusi diterima pakai, menegaskan bahawa "semua pihak terlibat dalam konflik bersenjata mesti mematuhi kewajipan yang dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa berkaitan dengan perlindungan orang awam dan kakitangan perubatan."
Lembaga eksekutif sebulat suara menerima pakai resolusi yang membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza, menekankan keutamaan kesihatan sejagat dan peranan perkhidmatan kesihatan serta bantuan kemanusiaan ke arah perdamaian meskipun dalam situasi mencabar, lapor Agensi Anadolu.
Resolusi itu menyeru penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan "kadar segera, berterusan dan tanpa halangan," termasuk akses untuk kakitangan perubatan.
Tedros mendesak semua negara anggota khususnya yang mempunyai pengaruh untuk bekerjasama dalam menamatkan konflik di Gaza secepat mungkin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang Palestin Israel
#WHO
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan