awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Giggs nafi serangan terhadap bekas kekasih

Astro Awani
Astro Awani
28/04/2021
22:49 MYT
Giggs nafi serangan terhadap bekas kekasih
Giggs pernah mencatatkan rekod tertinggi bermain di bawah seliaan kelab bola sepak terkemuka, Manchester United. - Foto fail
MANCHESTER: Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan menyerang dua wanita, iaitu bekas teman wanita serta adiknya, dalam kejadian pada 1 November lalu.
Giggs membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Manchester pada Rabu.
Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dengan syarat perlu hadir ke Mahkamah Crown Manchester pada 26 Mei depan.
Dia juga tidak dibenarkan untuk menghubungi kedua-dua wanita terbabit atau pergi ke mana-mana lokasi mereka.
Dalam insiden serangan itu, Giggs dilaporkan mencederakan pasangannya ketika di rumahnya di Manchester pada 1 November lalu.
BACA: Bekas bintang Manchester United Ryan Giggs ditahan polis selepas kasari wanita
Dia juga dituduh menyerang adik perempuan wanita itu pada hari yang sama.
Tuduhan yang dikenakan ke atas Giggs itu sekali gus membuatkan Wales memutuskan tidak lagi meneruskan khidmatnya melatih pasukan kebangsaan dalam menghadapai Kejuaraan Eropah yang akan berlangsung pada Jun depan.
Giggs pernah mencatatkan rekod tertinggi bermain di bawah seliaan kelab bola sepak terkemuka, Manchester United iaitu sebanyak 963 kali sebelum bersara pada 2014.
Dia juga sebelum ini dilantik sebagai jurulatih Wales pada 2018.
Topic Berkaitan
#Ryan Giggs
#Manchester United
#teman wanita
#serang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan