awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia

Bernama
Bernama
02/01/2025
16:07 MYT
Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia
Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun. - Gambar fail/REUTERS
BUDAPEST: Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun, lapor Xinhua, memetik agensi berita Hungary MTI.
Beliau ialah pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan atlet wanita Hungary paling banyak meraih pingat Olimpik dengan koleksi 10 pingat, termasuk lima emas.
Keleti, yang dimasukkan ke hospital minggu lepas akibat radang paru-paru, meninggal dunia beberapa hari sebelum ulang tahunnya yang ke-104.
Dilahirkan pada 9 Januari 1921 di Budapest, Keleti menghadapi cabaran besar sebagai seorang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua, terselamat dengan menggunakan identiti palsu di kawasan luar bandar Hungary, sementara ramai ahli keluarganya terkorban di kem tahanan. Di sebalik kesukaran ini, ketabahannya tidak pernah goyah.
Perjalanan Olimpik Keleti bermula pada 1952 di Sukan Helsinki, yang mana pada usia 31 tahun, beliau memecahkan stereotaip umur dalam sukan yang didominasi oleh atlet muda. Beliau memenangi emas dalam latihan lantai dan menambah dua gangsa dan satu perak.
Pencapaian terbesar Keleti adalah di Sukan Olimpik Melbourne 1956, di mana beliau mendominasi acara gimnastik, memperoleh empat pingat emas dan dua perak. Beliau kekal sebagai gimnas tertua yang pernah memenangi emas Olimpik.
Selain pencapaiannya sebagai atlet, Keleti memainkan peranan penting dalam membentuk sukan gimnastik di peringkat global. Selepas Sukan Melbourne, beliau memilih untuk tidak kembali ke Hungary dan sebaliknya menetap di Israel, di mana beliau menjadi tokoh penting dalam membangunkan sukan gimnastik sebagai jurulatih dan pendidik sebelum bersara pada usia 75 tahun.
Setiausaha Negara bagi Sukan Hungary Adam Schmidt menyifatkan Keleti dalam temu bual dengan Xinhua sempena ulang tahunnya yang ke-103 pada 2024 sebagai "khazanah negara" dan "contoh untuk diikuti."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#legenda gimnastik
#Agnes Keleti
#Hungary
#Olimpik
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan