awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: AS selamatkan kru kedua F‑15E ditembak jatuh di Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
05/04/2026
04:59 MYT
Konflik Asia Barat: AS selamatkan kru kedua F‑15E ditembak jatuh di Iran
Presiden Donald Trump mengesahkan kejayaan misi tersebut menerusi hantaran di platform Truth Social, menyifatkannya sebagai antara operasi mencari dan menyelamat (SAR) paling berani dalam sejarah ketenteraan AS.
Pasukan khas Amerika Syarikat (AS) berjaya menyelamatkan kru kedua daripada pesawat pejuang F‑15E Strike Eagle yang ditembak jatuh di ruang udara Iran, awal pagi Ahad waktu tempatan.
Presiden Donald Trump mengesahkan kejayaan misi tersebut menerusi hantaran di media sosial, menyifatkannya sebagai antara operasi mencari dan menyelamat (SAR) paling berani dalam sejarah ketenteraan AS.
“Saya gembira untuk memaklumkan bahawa beliau kini selamat. Kami berjaya menemuinya, tentera AS telah melaksanakan operasi SAR paling berani dalam sejarahnya untuk seorang pegawai kru (pesawat) yang juga seorang kolonel.
“Saya amat gembira untuk memaklumkan bahawa beliau kini selamat,” katanya melalui hantaran di platform media sosial, Truth Social miliknya hari ini.

Pegawai berkenaan, seorang Pegawai Sistem Senjata (WSO) berpangkat Kolonel, dilaporkan selamat dan kini menerima rawatan di bawah pemantauan pasukan perubatan tentera.
Misi berisiko tinggi itu dilaksanakan oleh unit komando khas dengan sokongan perlindungan udara, susulan pertempuran sengit di kawasan pergunungan yang mencabar.
Kolonel berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan namun berada dalam keadaan stabil selepas mengelak ditawan hampir dua hari.
Operasi tertumpu di wilayah Kohgiluyeh dan Boyer‑Ahmad, barat daya Iran, lokasi pesawat berkenaan dilaporkan terhempas selepas ditembak oleh sistem pertahanan udara Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Jumaat.
Juruterbang F‑15E telah diselamatkan beberapa jam selepas insiden itu.
Insiden tersebut menandakan kehilangan pertama pesawat berawak milik AS sejak konflik berkenaan bermula kira-kira lima minggu lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah A‑10 Thunderbolt II yang dikerahkan untuk menyokong misi SAR turut mengalami kerosakan akibat tembakan musuh, memaksa juruterbangnya mengekori pesawat ke ruang udara Kuwait sebelum terjun secara kecemasan dan diselamatkan.
Kesemua kru pesawat yang terlibat dalam siri insiden sepanjang minggu ini disahkan selamat hasil operasi pasukan bersekutu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#F-15E Strike Eagle
#operasi sar
#Iran
#Donald Trump
#Kor Pengawal Revolusi Islam
#konflik Asia Barat
#tentera udara AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan