awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas serangan Iran di Haifa
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Petani
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google diarah bayar lebih RM2.3 juta berhubung kes fitnah

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2022
22:45 MYT
Google diarah bayar lebih RM2.3 juta berhubung kes fitnah
Hakim Mahkamah Persekutuan Australia dalam penghakimannya memaklumkan, video berkenaan diklasifikasikan sebagai buli siber yang mengakibatkan Barilaro mengalami trauma. - Foto REUTERS
LAMAN pencarian terkemuka Google diarah membayar AS$515,000 (RM2.3 juta) kepada seorang bekas ahli politik Australia berhubung kes fitnah melibatkan dua kandungan video di laman web YouTube.
Bekas Timbalan Premier New South Wales John Barilaro mengambil tindakan saman terhadap Google kerana gagal menurunkan dua video yang diterbitkan sekitar September dan Oktober 2020.
Hakim Mahkamah Persekutuan Australia Stephen Rares dalam penghakimannya pada Isnin memaklumkan, video berkenaan diklasifikasikan sebagai buli siber yang mengakibatkan Barilaro mengalami trauma.
Selepas penghakiman, Barilaro berkata, dia berasa kebenaran telah ditegakkan.
"Anda sama ada berani atau bodoh untuk mengambil tindakan terhadap Google, atau mungkin juga kedua-duanya," katanya.
Sebelum ini Barilaro mendakwa video yang diterbitkan pelakon komedi Jordan Shanks itu adalah satu penghinaan buatnya selain berbaur perkauman.
Pada 2020 Barilaro menyaman Google, yang merupakan pemilik YouTube, dan Shanks.
Namun pada November tahun lalu, saman terhadap pelakon komedi itu ditarik balik selepas Shanks memohon maaf selain menyunting kandungan video yang dimuat naik itu.
Topic Berkaitan
#Google
#saman fitnah
#video berbaur perkauman
#John Barilaro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan