awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Greta Thunberg ditahan ketika protes di lombong Jerman

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2023
22:45 MYT
Greta Thunberg ditahan ketika protes di lombong Jerman
Aktivis iklim Greta Thunberg ketika ditahan polis di Garzweiler II. - Foto AP
LUETZERATH: Greta Thunberg ditahan bersama beberapa aktivis lain semasa protes menentang perobohan sebuah kampung di Jerman.
Bagaimanapun aktivis alam sekitar dan iklim itu telah dibebaskan selepas pemeriksaan identiti oleh polis.
Thunberg telah ditahan semasa membuat bantahan di lombong arang batu terbuka Garzweiler II selepas polis memberi amaran bahawa kumpulan itu akan dikeluarkan secara paksa jika mereka tidak bergerak dari pinggir lombong.
Kampung di negeri barat Rhine-Westphalia utara sedang dibersihkan untuk membolehkan pembangunan lombong.
Pemilik lombong itu, RWE bersetuju dengan kerajaan bahawa ia boleh merobohkan Luetzerath sebagai pertukaran untuk keluar lebih cepat daripada arang batu dan menyelamatkan lima kampung yang pada asalnya dijadualkan untuk dimusnahkan.
Ia dibantah aktivis Jerman atas alasan negara itu harus memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Polis sebelum ini telah menghalau aktivis dari kawasan itu minggu lalu, namun mereka kekal sehingga Selasa termasuk Thunberg.
Pada Sabtu, aktivis iklim Sweden itu bercakap kepada kira-kira 6,000 penunjuk perasaan yang berarak ke arah Luetzerath memanggil pembangunan lombong itu sebagai "Pengkhianatan generasi sekarang dan akan datang."
Topic Berkaitan
#Greta Thunberg
#Penunjuk perasaan
#perobohan
#lombong arang batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan