awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grid Tenaga ASEAN: Malaysia, Singapura, Vietnam tandatangan perjanjian

Faida Rahim
Faida Rahim
26/05/2025
08:00 MYT
Grid Tenaga ASEAN: Malaysia, Singapura, Vietnam tandatangan perjanjian
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perjanjian itu merupakan permulaan penting yang mana butiran terperinci akan dibicangkan selepas ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia, Vietnam dan Singapura hari ini memeterai perjanjian melibatkan projek Grid Tenaga ASEAN yang disifatkan sebagai satu kerjasama penting di rantau ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perjanjian itu merupakan permulaan penting yang mana butiran terperinci akan dibicangkan selepas ini.
“Ini baru permulaan, selepas ini aspek teknikal perlu dibincangkan. Modul bisnes dan selanjutnya akan dibincangkan lebih terperinci.
“Ia akan menjadi sebahagian daripada Rangkaian Kuasa ASEAN (ASEAN Power Grid),” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat dua hala majlis pertukaran perjanjian Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (RESA) antara syarikat-syarikat dari Malaysia, Singapura dan Vietnam.
Tambah beliau lagi, melalui perpanjian itu, ia melibatkan fasa pertama projek darat dan dasar laut yang mana kabel dasar laut akan dibangunkan pihak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek mega Grid Tenaga ASEAN yang menghubungkan kabel dasar laut dari Vietnam ke Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke Singapura dilihat sebagai pencapaian paling signifikan Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini.
Menurut beliau, ia bukan sekadar pengumuman retorik, tetapi diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan program dan projek, sejajar dengan dasar peralihan tenaga negara.
Dalam masa sama, Malaysia bersetuju dengan cadangan Laos supaya fasa kedua projek Grid Tenaga ASEAN disegerakan bagi memberi manfaat kepada negara anggota blok berkenaan.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#ASEAN 2025
#Fadillah Yusof
#grid tenaga ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan