awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Berapi Kilauea di Hawaii letuskan pancutan lava, tertinggi capai 370 meter - USGS

Bernama
Bernama
07/12/2025
10:16 MYT
Gunung Berapi Kilauea di Hawaii letuskan pancutan lava, tertinggi capai 370 meter - USGS
Tiga pancutan ini merupakan kejadian yang sangat jarang berlaku, dan ini adalah kali pertama ia diperhatikan dalam letusan semasa. - AP
GUNUNG berapi Kilauea di Hawaii, dalam episod ke-38 letusannya, melepaskan pancutan lava setinggi kira-kira 370 meter dan, buat pertama kali dalam fasa letusan semasa, mengeluarkan tiga pancutan lava yang hampir sama saiz, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Ketiga-tiga lohong kini memancutkan lava. Pancutan dari lohong selatan mencapai hampir 1,200 kaki (370 meter) tinggi, manakala lohong utara menunjukkan penurunan ketara daripada maksimum awal 500 kaki (150 meter). Sebelum lohong selatan menjadi dominan, terdapat tiga pancutan lava bersaiz hampir sama, sekitar 500 kaki (150 meter) - dua dari lohong utara dan satu dari lohong selatan.
"Paparan tiga pancutan ini merupakan kejadian yang sangat jarang berlaku, dan ini adalah kali pertama ia diperhatikan dalam letusan semasa," menurut USGS.
Kilauea merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di dunia. Ia terletak di pantai tenggara Pulau Hawaii.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#kilaueia
#Hawaii
#USGS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan