awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Punca lelaki maut ditetak dipercayai akibat perselisihan antara kumpulan
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM

Bernama
Bernama
05/04/2026
12:00 MYT
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
Noor Azreyanti berkata pihaknya tidak menerima makluman awal berhubung aktiviti itu daripada mana-mana jabatan berkaitan mahupun pihak pengurusan program berkenaan. - Gambar Facebook Zon Maritim Kuala Kedah
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak menerima sebarang makluman awal berhubung penganjuran aktiviti berkayak, yang menyebabkan dua penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis lemas, petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata pihaknya tidak menerima makluman awal berhubung aktiviti itu daripada mana-mana jabatan berkaitan mahupun pihak pengurusan program berkenaan.
“APMM memandang serius insiden membabitkan dua penuntut IPG yang dilaporkan lemas ketika menyertai Program Pendidikan Luar Kampus. Sebarang aktiviti berskala besar di laut atau kawasan perairan terbuka perlulah dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada agensi berkaitan.
“Ia bagi membolehkan penilaian risiko dilakukan serta langkah-langkah keselamatan sewajarnya diambil. Ini termasuk pemantauan keadaan cuaca, arus laut, serta kesiapsiagaan aset keselamatan jika berlaku kecemasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata dalam konteks kejadian itu, beberapa faktor keselamatan asas juga perlu diberikan perhatian, antaranya penyediaan jaket keselamatan yang mencukupi dan dipakai dengan betul.
“Selain itu, kehadiran jurulatih atau pengendali yang bertauliah dan berpengalaman, penilaian keadaan cuaca dan laut sebelum aktiviti dijalankan, penyediaan pelan tindak balas kecemasan yang jelas.
“Semua pihak dan penganjur program luar dinasihatkan supaya tidak memandang ringan aspek keselamatan ketika merancang aktiviti di laut. Kerjasama awal dengan agensi keselamatan mampu mengelakkan kejadian tidak diingini serta melindungi nyawa peserta,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#lemas
#pelajar
#jaket keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan