awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara

Bernama
Bernama
05/02/2026
20:15 MYT
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Letusan itu direkodkan pada seismogram dengan amplitud maksimum 30.2 milimeter dan berlangsung selama kira-kira 34 saat. - Sinar Harian
JAKARTA: Gunung Marapi Indonesia yang terletak di Wilayah Sumatera Barat meletus pada petang Khamis, menyemburkan abu setinggi 600 meter dari puncak gunung tersebut.
Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Berapi (PGA), Teguh Firmansyah berkata letusan berlaku pada 6.19 petang waktu tempatan, dengan kepulan abu dilihat bergerak ke arah timur laut.
"Letusan itu direkodkan pada seismogram dengan amplitud maksimum 30.2 milimeter dan berlangsung selama kira-kira 34 saat," katanya mengikut laporan Agensi Berita ANTARA.
Terdahulu pada 11.27 pagi, PGA turut melaporkan bahawa gunung berapi itu telah meletus, namun ketinggian semburan abu tidak dapat diperhatikan kerana dilitupi awan. Letusan tersebut berlangsung selama kira-kira 25 saat dengan amplitud maksimum 25.9 milimeter.
Setakat ini, Gunung Marapi kekal pada status Tahap II (waspada).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung marapi
#Sumatera Barat
#Indonesia
#gunung berapi
#letusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan