awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: 'Rantau ini bakal menjadi neraka dunia buat AS' - IRGC

Agensi
Agensi
05/04/2026
02:34 MYT
Konflik Asia Barat:  'Rantau ini bakal menjadi neraka dunia buat AS' - IRGC
“Jangan lupa, jika serangan semakin memuncak, rantau ini akan menjadi neraka dunia buat anda,” ujar Zolfaghari.
Rantau Asia Barat berisiko berubah menjadi “neraka dunia” buat Amerika Syarikat (AS) sekiranya serangan terhadap Iran terus diperhebatkan.
Jurucakap Markas Pusat Khatam al-Anbiya Central Headquarters, Ebrahim Zolfaghari, mengeluarkan amaran tersebut sambil menyentuh beberapa operasi ketenteraan yang didakwa berjaya dilaksanakan.
“Jangan lupa, jika serangan semakin memuncak, rantau ini akan menjadi neraka dunia buat anda,” katanya ketika menyampaikan perutusan harian yang disiarkan menerusi televisyen nasional, semalam.
Operasi berkenaan, menurut beliau, bertujuan mengekang kemaraan Amerika ke atas Iran serta tekanan berterusan Israel terhadap penduduk Palestin.
Zolfaghari berkata, serangan dron dan peluru berpandu balistik Iran telah berjaya mengenai Pangkalan Al-Udeid di Qatar, yang berfungsi sebagai pusat persiapan helikopter Chinook serta hangar penyimpanan peralatan ketenteraan.
Malah, sistem HIMARS milik Amerika Syarikat di Pulau Bubiyan, Kuwait serta sistem pertahanan Patriot di utara Bahrain turut menjadi sasaran.
Tambahnya, beberapa lokasi yang berperanan sebagai pusat operasi pengendali misil Amerika, markas strategik pegawai kanan dan jurulatih tentera AS, selain syarikat teknologi kecerdasan buatan milik Oracle Corporation di Emiriah Arab Bersatu (UAE), turut disasarkan.
Beliau turut menyentuh kejayaan operasi melibatkan sebuah kapal dagang yang dikaitkan dengan Israel dan berdaftar di bawah bendera negara ketiga.
“sebuah kapal dagang yang dikaitkan dengan Israel dan berdaftar di bawah bendera negara ketiga turut menjadi sasaran di Pelabuhan Khalifa bin Salman, Bahrain,” katanya menerusi sidang media pada Sabtu.
Tambahnya, operasi Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) turut membabitkan pasukan laut dan aeroangkasa yang menyasarkan beberapa wilayah di Israel seperti Tel Aviv, Ramat Gan, Kiryat Shmona dan lain-lain.
“Serangan tersebut melibatkan beberapa peluru berpandu seperti Haji Qasem, Kheibar Shekan dan Qadr,” katanya.
Tambahnya lagi, pasukan militia pro-Iran di Iraq turut melaksanakan sebanyak 19 operasi misil dan dron terhadap sasaran Amerika Syarikat dan Israel dalam tempoh beberapa jam kebelakangan ini.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memberi tempoh 48 jam kepada Iran untuk mencapai perjanjian berhubung pembukaan semula Selat Hormuz atau berdepan tindakan tegas.
Topic Berkaitan
#Iran
#Khatam al-Anbiya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan