awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Semeru Indonesia meletus, muntahkan abu sejauh 600 meter

Bernama
Bernama
21/06/2023
12:34 MYT
Gunung Semeru Indonesia meletus, muntahkan abu sejauh 600 meter
Kepulan abu itu berwarna kelabu dengan intensiti tebal ke utara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bahaya Geologi. - Twitter Volcaholic @volcaholic1
JAKARTA: Gunung Berapi Semeru di Indonesia meletus pada Rabu, memuntahkan kepulan abu sehingga 600 meter ke udara dari atas kawah.
Kepulan abu itu berwarna kelabu dengan intensiti tebal ke utara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bahaya Geologi negara, PVMBG.
Pada 7.58 pagi waktu tempatan, PVMBG merekodkan letusan pada seismograf. Ia mencatatkan amplitud maksimum 22 milimeter selama 105 saat.
Penduduk di kawasan sekitar digesa mengelak radius lima kilometer (km) di sekitar gunung itu dan sebarang aktiviti di bahagian tenggara Besuk Kobokan yang terletak 13 km dari puncak.
Pada Disember tahun lepas, pihak berkuasa memindahkan hampir 2,000 orang yang tinggal berhampiran Semeru selepas gunung berapi itu memuntahkan abu sejauh 15 kilometer.
Letusan pada 4 Disember 2021, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh, 104 cedera dan lima yang lain masih hilang.
Ancaman gunung setinggi 3,676 meter itu masih dalam status berjaga-jaga .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Semeru
#gunung berapi
#Indonesia
#meletus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan