awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru di Chicago perlu kembali ke bilik darjah - Datuk Bandar

Astro Awani
Astro Awani
04/02/2021
22:25 MYT
Guru di Chicago perlu kembali ke bilik darjah - Datuk Bandar
Lightfoot tidak mengatakan apa tindakan yang akan diambil sekiranya CTU tidak mencapai persetujuan mengenai keputusan pembelajaran bersemuka. -AP NEWSROOM
CHICAGO:Datuk Bandar Chicago, Lori Lightfoot menuntut agar kesatuan guru di bandar itu mencapai persetujuan mengenai protokol keselamatan COVID-19.
Ia sekali gus meminta kesatuan guru memberi kerjasama mengembalikan ribuan pelajar ke bilik darjah.
“Kami masih menunggu. Secara jelas, kami tak boleh bersabar lagi.
"Setelah lebih 80 rundingan untuk menangani pelbagai masalah dan kebimbangan kepemimpinan CTU (Chicago Teachers Union), kami sudah kehabisan cara.
“Sekolah-sekolah dibuka dan selamat, kami bersedia mengalu-alukan kedatangan pelajar kami.
“Terus terang, mereka sudah lama bersedia, yang kita perlukan sekarang adalah kepemimpinan CTU untuk bersungguh-sungguh dan bertemu untuk keputusan muktamad," katanya.
Lightfoot berkata pihaknya akan menghentikan guru dari pembelajaran jarak jauh jika mereka tidak muncul di bilik darjah.
Bagaimanapun, Lightfoot tidak mengatakan apa tindakan yang akan diambil sekiranya CTU tidak mencapai persetujuan mengenai keputusan pembelajaran bersemuka.
Sekolah diumumkan cuti bermula Jumaat dan rundingan dijangka berlangsung sepanjang hujung minggu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Lori Lightfoot
#Datuk Bandar Chicago
#kesatuan guru
#Chicago Teachers Union
#pelajar ke bilik darjah
#pembelajaran jarak jauh
#pembelajaran bersemuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan