awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guterres sambut baik pemuktamadan Perjanjian Laut PBB

Bernama
Bernama
05/03/2023
11:51 MYT
Guterres sambut baik pemuktamadan Perjanjian Laut PBB
Guterres memuji usaha semua pihak dan berharap dapat meneruskan kerjasama untuk memastikan lautan yang lebih selamat, berdaya tahan dan produktif. - Gambar fail/AP
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengalu-alukan pemuktamadan teks Perjanjian Laut PBB untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mampan kepelbagaian biologi marin kawasan di luar bidang kuasa negara.
"Setiausaha agung memuji perwakilan kerana memuktamadkan teks untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mampan kepelbagaian biologi marin kawasan di luar bidang kuasa negara," kata jurucakap Guterres dalam satu kenyataan.
Ia satu kemenangan untuk multilateralisme dan usaha global menentang trend kemusnahan yang dihadapi lautan kepada generasi sekarang dan akan datang.
Usaha ini penting untuk menangani tiga krisis planet iaitu perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan pencemaran.
Ia juga penting untuk mencapai matlamat dan sasaran berkaitan lautan bagi Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal, menurut kenyataan itu, lapor Xinhua.
Guterres memuji usaha semua pihak dan berharap dapat meneruskan kerjasama untuk memastikan lautan yang lebih selamat, berdaya tahan dan produktif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#Setiausaha Agung PBB
#Perjanjian Laut PBB
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan