awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat

Bernama
Bernama
07/02/2025
14:02 MYT
Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat
Matlamat White House adalah untuk mengurangkan sehingga 10 peratus daripada tenaga kerja pusat melalui bayaran lebih. - Gambar fail
WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan di bandar Boston, Amerika Syarikat, pada Khamis menyekat sementara rancangan Presiden Donald Trump untuk mengurangkan bilangan pekerja persekutuan atau pusat dengan menawarkan insentif kewangan, lapor Xinhua.
Keputusan itu dibuat beberapa jam sebelum tarikh akhir pada tengah malam untuk pekerja memilih program peletakan jawatan yang ditangguhkan.
Hakim berkata sesi pendengaran akan diadakan Isnin depan, bagi menimbang hujah sama ada langkah itu sah dari segi undang-undang. Lebih 60,000 pekerja pusat telah menerima tawaran itu.
Pekerja Agensi Perisikan Pusat (CIA) turut diberi tawaran sama pada Selasa.
Matlamat White House adalah untuk mengurangkan sehingga 10 peratus daripada tenaga kerja pusat melalui bayaran lebih, lapor media tempatan.
Pentadbiran Trump juga merancang untuk mengurangkan jumlah kakitangan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) yang melebihi 10,000 orang kepada kurang daripada 300 orang, lapor media AS.
Masih tidak jelas sama ada pengurangan besar ini akan bersifat sementara atau kekal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hakim persekutuan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#kurangkan pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan