awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas akan bebaskan tahanan asing dalam masa terdekat

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2023
22:45 MYT
Hamas akan bebaskan tahanan asing dalam masa terdekat
Kepulan asap dilihat di Gaza ketika operasi darat tentera rejim Zionis Israel pada Selasa. - Foto AP
GAZA: Pergerakan Hamas memaklumkan ia akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.
Ia disahkan jurucakap sayap tentera Brigade Al Qasam, Abu Ubaida menerusi saluran Telegram.
Abu Ubaida bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bilangan tahanan yang akan dibebaskan atau kewarganegaraan mereka.
Beliau turut menafikan kenyataan Israel ia berjaya membebaskan tahanan di bawah Hamas.
Sebaliknya jumlah besar tahanan kini berada di bawah kawalan individu dan beberapa kumpulan di Genting Gaza.
"Kami memantau naratif yang dimainkan tentera Israel berkenaan pembebasan tahanan dari Gaza ketika pencerobohan berlaku.
"Kami menafikan musuh sampai ke mana-mana tahanan yang berada dalam kawalan Al-Qassam. Jika naratif ini benar, ia bermakna inidividu tersebut ditahan oleh musuh," katanya.
Kenyataan ini sebagai reaksi kenyataan tentera Israel yang mendakwa berjaya membebaskan tahanan ketika operasi daratnya pada Isnin.
Abu Ubaida juga memaklumkan Brigade Al-Qassam bertempur denagn tentera Israel sebanyak tiga kali dan berjaya memusnahkan 22 kenderaan tentera Zionis.
Topic Berkaitan
#Hamas
#Gaza
#Israel
#tahanan asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan