awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas alu-alukan resolusi Majlis Keselamatan

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2024
23:45 MYT
Hamas alu-alukan resolusi Majlis Keselamatan
Dengan perang yang kini memasuki bulan keenam, PBB telah memberi amaran sekurang-kurangnya 576,000 orang di Gaza berada di ambang kebuluran. - Foto AP
GAZA: Hamas mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata di Gaza.
Hamas turut menyatakan kesediaan untuk terlibat dalam pertukaran segera tahanan dengan Israel.
Resolusi yang diluluskan pada Isnin menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan pejuang Hamas serta pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan.
Dalam kemas kini pada Isnin, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 32,333 rakyat Palestin telah terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel di Gaza, dengan ribuan lagi dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan.
Dengan perang yang kini memasuki bulan keenam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran sekurang-kurangnya 576,000 orang di Gaza berada di ambang kebuluran.
Tekanan global semakin meningkat terhadap Israel untuk membenarkan lebih banyak akses bagi penghantaran bantuan.
Dalam pada itu Jerman sifatkan undian UNSC yang menunut gencatan senjata sementara sebagai terlalu lamnbat.
Mesej itu disampaikan sendiri Menteri Luarnya Annalena Baerbock selepas pertemuannya dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ramallah, Tebing Barat.
Bagaimanapun ia disifatkan membawa sinar harapan baharu buat Palestin untuk menamatkan perang.
"Rayuan segera oleh Majlis Keselamatan dan masyarakat antarabangsa untuk gencatan senjata sekarang sudah lama tertangguh.
"Kita mesti melakukan segala yang kita boleh untuk memastikan bahawa apa yang sebenarnya menyatukan rakyat di rantau ini, keinginan untuk kebebasan, keselamatan dan keamanan, akhirnya menjadi realiti.
"Ini bermakna rakyat Israel hanya boleh hidup dalam keadaan selamat jika rakyat Palestin hidup dalam keadaan selamat dan rakyat Palestin hanya boleh hidup dalam keadaan selamat jika rakyat Israel hidup dalam keadaan selamat," katanya.
Topic Berkaitan
#Hamas
#resolusi UNSC
#gencatan senjata
#pertukaran tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan