awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit

Agensi
Agensi
19/05/2022
09:22 MYT
Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit
Firma perisian SparkToro mendapati bahawa 49.3 peratus daripada pengikut Biden merupakan pengikut palsu. - Reuters
Hampir separuh daripada pengikut Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu, dedah satu laporan audit.
Audit tersebut, yang dijalankan oleh gergasi media sosial, firma perisian SparkToro, mendapati bahawa 49.3 peratus daripada pengikut Biden merupakan pengikut palsu, lapor Newsweek.
SparkToro mendefinasi ‘pengikut palsu’ sebagai ‘akaun yang tidak boleh dihubungi dan tidak dapat dilihat ciapannya, sama ada kerana ia merupakan spam, bots, propaganda dan sebagainya; atau kerana ia tidak lagi aktif di Twitter’.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk, yang berusaha membeli Twitter, telah menzahirkan kebimbangan tentang peningkatan jumlah akaun palsu, dan mencadangkan usaha pembanterasan akaun-akaun tersebut.
Musk berkata, dia percaya 20 peratus daripada semua akaun Twitter adalah palsu dan berikrar untuk tidak meneruskan hasrat pembelian bernilai AS$44 bilion ke atas Twitter jika isu tersebut tidak diselesaikan.
“Tawaran saya adalah berdasarkan pemfailan SEC Twitter dibuat dengan tepat.
“Semalam, CEO Twitter secara umum menolak untuk menunjukkan bukti kurang dari 5 peratus. Perjanjian ini tidak boleh diteruskan sehingga dia melakukannya,” kata Musk.
CEO Twitter, Parag Agrawal, menjawab dakwaan lelaki terkaya dunia itu, dengan menyatakan bahawa syarikat gergasi digital itu telah menggantung lebih separuh juta akaun spam setiap hari dan menyekat beberapa juta lagi akaun yang disyaki spam.
SparkToro menggunakan audit yang sama ke atas Musk sendiri dan mendapati hampir 70.2 peratus daripada 93.3 juta pengikutnya di Twitter adalah palsu.
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#pengikut twitter
#akaun palsu
#Elon Musk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan