awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya kenderaan nombor plat ganjil dibenar masuk New Delhi pada 1 Jan

Agensi
Agensi
01/01/2016
06:42 MYT
Hanya kenderaan nombor plat ganjil dibenar masuk New Delhi pada 1 Jan
Seorang polis trafik India memakai topeng muka ketika bertugas di sebuah simpang di New Delhi pada 31 Disember 2015. - Foto AFP/Money SHARMA
Lebih sejuta kenderaan persendirian dilarang daripada memasuki New Delhi pada Jumaat berikutan tindakan drastik baharu yang dilancarkan pihak berkuasa bagi mengekang pencemaran di bandar raya yang tersenarai paling tercemar di dunia itu.
Melalui langkah berkenaan yang bermula jam 8 pagi tadi, hanya kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran ganjil sahaja dibenarkan menggunakan jalan raya di bandar itu pada tarikh ganjil.
Begitu juga dengan kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran genap, hanya boleh memasuki kenderaan berkenaan pada tarikh genap kecuali pada hari Ahad.
Sekatan menggunakan jalan di New Delhi sehingga 15 Januari ini hanya berada di peringkat percubaan dan sebagai sebahagian usaha untuk mengurangkan tahap pencemaran.
Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal telah memberi jaminan beliau dan kerajaannya berjanji akan mula berkongsi kereta jika langkah yang diperkenalkan itu berjaya.
"Rancangan ini akan berjaya jika ia menjadi satu langkah yang besar-besaran, apabila ramai orang mahu melakukannya dari hati mereka," jelasnya sambil menyeru penduduk di New Delhi untuk menyokong kempen ini.
Pada awal Disember lalu, Kejriwal memperkenalkan rancangan larangan kenderaan memasuki bandar New Delhi bagi menangani tahap pencemaran yang melebihi 10 kali had selamat Penubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kajian WHO pada 2014 menunjukkan New Delhi berada dalam kedudukan bandar yang paling tercemar, berikutan kira-kira 8.5 juta kenderaan digunakan di jalan raya.
Topic Berkaitan
#kereta
#New Delhi
#pencemaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan