awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga nadir bumi melonjak selepas China ketatkan kawalan eksport

Bernama
Bernama
08/07/2025
20:30 MYT
Harga nadir bumi melonjak selepas China ketatkan kawalan eksport
Lonjakan harga ini berlaku susulan pengumuman China pada April lepas mengenai kawalan eksport baharu terhadap beberapa unsur nadir bumi sebagai tindak balas kepada tarif yang dirancang oleh Amerika Syarikat.
MUNICH: Harga logam nadir bumi melonjak pada Mei selepas China mengenakan sekatan eksport yang lebih ketat, menurut indeks komoditi bulanan yang diterbitkan oleh Persatuan Industri Bavaria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Secara keseluruhan, harga logam nadir bumi - logam penting untuk pembuatan teknologi tinggi dalam industri elektronik, automotif dan pertahanan, meningkat sebanyak lapan peratus dalam nilai dolar. Beberapa unsur mencatatkan peningkatan lebih ketara: terbium meningkat hampir 19 peratus, gadolinium sebanyak 17 peratus dan samarium lebih 15 peratus, menurut indeks itu.
Lonjakan harga ini berlaku susulan pengumuman China pada April lepas mengenai kawalan eksport baharu terhadap beberapa unsur nadir bumi sebagai tindak balas kepada tarif yang dirancang oleh Amerika Syarikat (AS), seperti yang diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump.
China memproses kira-kira 90 peratus daripada logam nadir bumi industri dunia, menurut pelbagai anggaran. Harga logam ini pernah mencecah paras tertinggi pada awal 2022 semasa pandemik COVID-19, apabila rantaian bekalan global mengalami gangguan besar.
Persekutuan Industri Jerman (BDI) baru-baru ini memberi amaran yang kebergantungan Eropah yang semakin meningkat terhadap China bagi bahan mentah kritikal mencetuskan risiko strategik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga melonjak
#logam nadir bumi
#China
#sekatan eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan