awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kebangsaan Singapura disambut sederhana

Bernama
Bernama
09/08/2021
08:23 MYT
Hari Kebangsaan Singapura disambut sederhana
Istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 Singapura diadakan secara sederhana di Pentas Terapung@Marina Bay hari ini.- Foto Facebook/Halimah Yacob
SINGAPURA: Satu istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 Singapura diadakan secara sederhana di Pentas Terapung@Marina Bay di sini hari ini, turut dihadiri Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Acara itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri Goh Chok Tong, Anggota Parlimen dan 600 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team.
Selain itu, istiadat berkenaan turut disiarkan secara langsung di laman Facebook dan YouTube NDPeeps rasmi, serta saluran TV nasional.
Dua helikopter Chinook yang membawa bendera Singapura terbang melintasi ruang udara Singapura.
Acara diakhiri dengan dua jet tempur RSAF F-15SG terbang dalam formasi delta di ruang udara Singapura.
Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2021 pada awalnya dirancang diadakan hari ini di pentas terapung tetapi ditunda ke 21 Ogos, selepas berakhirnya Fasa 2 (Amaran Tahap Tinggi) untuk mengekang penularan COVID-19.
Ini tahun kedua istiadat perbarisan diadakan ketika pandemik, tahun lalu ia dianjurkan di Padang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Lee Hsien Loong
#Hari Kebangsaan
#Halimah Yacob
#Goh Chok Tong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan