awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran di Los Angeles

Bernama
Bernama
10/01/2025
02:30 MYT
Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran di Los Angeles
Kamala Harris akan kekal di Amerika Syarikat untuk menyokong tindak balas persekutuan di California. - Gambar fail REUTERS
MOSCOW: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris memutuskan untuk membatalkan lawatannya ke Singapura, Bahrain dan Jerman berikutan kebakaran di Los Angeles dan kawasan sekitarnya, menurut kenyataan Rumah Putih yang dipetik Sputnik/RIA Novosti.
"Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan di Los Angeles, Naib Presiden membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau bersama suaminya ke Singapura, Bahrain dan Jerman.
"Beliau akan kekal di Amerika Syarikat untuk menyokong tindak balas persekutuan di California," kata Setiausaha Akhbar Ernesto Apreza.
Beberapa kebakaran hutan dilaporkan berlaku di dan sekitar Los Angeles di California sejak Selasa, mengakibatkan sekurang-kurangnya lima kematian dan memaksa puluhan ribu penduduk berpindah.
Syarikat media AccuWeather menganggarkan kerosakan dan kerugian akibat kebakaran hutan di California berjumlah antara US$52 bilion hingga US$57 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#hutan California terbakar
#Kamala Harris
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan