awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter langgar kabel kuasa sebelum terhempas atas baj di Sungai Mississippi, dua maut

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2025
04:55 MYT
Helikopter langgar kabel kuasa sebelum terhempas atas baj di Sungai Mississippi, dua maut
Kanvas menutupi serpihan helikopter selepas ia melanggar kabel kuasa yang merentangi Sungai Mississippi dan terhempas ke atas sebuah tongkang pada Khamis, 7 Ogos 2025, di East Alton, Illinois. -Foto AP
ALTON: Dua individu disahkan maut selepas sebuah helikopter jenis Hughes 369D terhempas ke atas sebuah baj di Sungai Mississippi berhampiran Alton, Illinois pada pagi Khamis.

Ringkasan AI
  • Dua individu maut selepas helikopter Hughes 369D terhempas ke atas baj di Sungai Mississippi berhampiran Alton, Illinois.
  • Helikopter dipercayai melanggar kabel kuasa semasa kerja penyelenggaraan, menyebabkan kapal terbakar; tiada individu berada di atas kapal ketika kejadian.
  • Laluan sungai dan jambatan berdekatan ditutup sementara, siasatan oleh NTSB sedang dijalankan, dan insiden dijangka menjejaskan logistik di kawasan Midwest.

Menurut kenyataan rasmi daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat, insiden jam 11.05 pagi itu berlaku ketika helikopter tersebut sedang melakukan kerja penyelenggaraan pada talian penghantaran elektrik.
Ia dipercayai melanggar kabel kuasa sebelum terhempas ke atas baj di sungai tersebut.
Jurucakap Pengawal Pantai AS, Jonathan Lindberg memaklumkan kapal tersebut terbakar sejurus impak, namun api berjaya dipadamkan pasukan bomba.
Tiada individu berada di atas kapal semasa kejadian.
Syarikat utiliti Ameren mengesahkan helikopter tersebut dikendalikan kontraktor dan subkontraktor yang ditugaskan untuk menggantikan pencahayaan menara dan bola penanda pada kabel penghantaran di Madison County.
“Kami amat berdukacita dengan insiden tragik ini dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan,” kata jurucakap Ameren dalam satu kenyataan.
Menurut Kor Polis Lebuhraya Missouri, tiada mangsa lain dilaporkan cedera dan identiti dua mangsa yang terkorban masih belum didedahkan.
Seorang saksi kejadian menggambarkan impak sebagai bebola api yang melintasi sungai dan mendarat di atas kapal, manakala satu kabel kuasa turut jatuh ke dalam sungai, menyebabkan kawasan sekitar dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Susulan insiden, laluan Sungai Mississippi antara penanda batu 199 hingga 201 telah ditutup kepada semua trafik maritim.
Jambatan Lewis and Clark yang menghubungkan Illinois dan Missouri turut ditutup sementara bagi tujuan keselamatan dan siasatan.
Seorang penyiasat NTSB dijadualkan tiba di lokasi pada Jumaat untuk menjalankan siasatan lanjut dan menilai keadaan helikopter yang akan dibawa ke fasiliti selamat untuk pemeriksaan menyeluruh.
Sungai Mississippi merupakan laluan penting bagi pengangkutan hasil pertanian dan barangan industri di Amerika Syarikat.
Penutupan sementara ini dijangka memberi kesan kepada rantaian logistik di kawasan Midwest.
Topic Berkaitan
#Hughes 369D
#helikopter terhempas
#Sungai Mississippi
#Baj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan