awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Menteri Luar Iran kritik pendekatan AS selepas rundingan gagal

Bernama
Bernama
12/04/2026
08:29 MYT
Bekas Menteri Luar Iran kritik pendekatan AS selepas rundingan gagal
Mohammad Javad Zarif (foto), yang merupakan antara tokoh utama di sebalik perjanjian nuklear Iran pada 2015, dilihat masih mempunyai pengaruh dalam wacana diplomatik negara itu walaupun tidak lagi memegang jawatan rasmi dalam pentadbiran semasa. -Gambar f
Bekas Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menegaskan bahawa sebarang rundingan dengan Tehran tidak akan membuahkan hasil sekiranya Amerika Syarikat (AS) terus berusaha memaksakan syarat secara sepihak.
Menerusi satu hantaran di platform X pada Sabtu, Mohammad Javad Zarif mengulas kegagalan pusingan rundingan damai di Islamabad, Pakistan, sambil merujuk kenyataan Naib Presiden AS, JD Vance, yang mendakwa Iran memilih untuk tidak menerima tuntutan dikemukakan Washington.
“Tiada rundingan, sekurang-kurangnya dengan Iran, akan berjaya jika ia berdasarkan pendekatan ‘syarat kami atau syarat kamu’. Amerika Syarikat perlu memahami bahawa mereka tidak boleh menetapkan syarat kepada Iran. Masih belum terlambat untuk belajar,” tulisnya.
Want to know why negotiations did not succeed?JD Vance: "they have chosen not to accept our terms."Bingo.No negotiations – at least with Iran – will succeed based on "our/your terms."The US must learn: you can't dictate terms to Iran.It's not too late to learn. Yet.
— Javad Zarif (@JZarif) April 12, 2026
Kenyataan itu mencerminkan ketegangan diplomatik yang berterusan susulan kegagalan kedua‑dua pihak mencapai kata sepakat bagi menamatkan konflik yang telah berlarutan selama enam minggu di Asia Barat.
Rundingan di Islamabad berakhir tanpa persetujuan selepas tuntutan utama kedua‑dua pihak, termasuk isu pembukaan semula Selat Hormuz dan penarikan sekatan ekonomi, tidak menemui titik pertemuan.
Mohammad Javad Zarif, yang merupakan antara tokoh utama di sebalik perjanjian nuklear Iran pada 2015, dilihat masih mempunyai pengaruh dalam wacana diplomatik negara itu walaupun tidak lagi memegang jawatan rasmi dalam pentadbiran semasa.
Pemerhati antarabangsa berpandangan kegagalan rundingan berkenaan menambah ketidaktentuan di rantau Asia Barat, khususnya ketika tempoh gencatan senjata sementara dijangka berakhir dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#Mohammad Javad Zarif
#rundingan diplomatik
#Islamabad
#konflik Asia Barat
#gencatan senjata
#hubungan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan