awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter terhempas dan wanita dirempuh, tunjuk perasaan Virginia bertukar gawat

Agensi
Agensi
13/08/2017
05:06 MYT
Helikopter terhempas dan wanita dirempuh, tunjuk perasaan Virginia bertukar gawat
Gabenor Virginia, Terry McAuliffe menyalahkan puak neo-Nazi sebagai punca insiden berdarah itu yang telah mencetuskan kemarahan kumpulan anti perarakan yang dianggap bersifat perkauman itu. - REUTERS/Joshua Roberts
Tunjuk perasaan oleh ratusan nasionalis berkulit putih di Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad bertukar ganas dengan sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan maut dirempuh kereta.
Mangsa yang maut adalah seorang wanita berusia 32 tahun. Insiden turut menyebabkan beberapa yang lain terpelanting ke udara.
Gabenor Virginia, Terry McAuliffe menyalahkan puak neo-Nazi sebagai punca insiden berdarah itu yang telah mencetuskan kemarahan kumpulan anti perarakan yang dianggap bersifat perkauman itu.
Perarakan tercetus sebagai bantahan kepada usaha untuk mengalihkan sebuah patung pejuang Perang Konfiderasi negara itu.
Mangsa yang maut adalah seorang wanita berusia 32 tahun. Insiden turut menyebabkan beberapa yang lain terpelanting ke udara. - Foto Reuters
Mangsa yang maut adalah seorang wanita berusia 32 tahun. Insiden turut menyebabkan beberapa yang lain terpelanting ke udara. - Foto Reuters
Sementara itu turut menambah ketegangan, apabila dua anggota polis yang sedang mengawal perhimpunan maut selepas helikopter dinaiki mereka terhempas. Punca nahas kini sedang disiasat.
Susulan itu juga arahan darurat dikeluarkan di Virginia.
Dalam reaksinya, Presiden AS, Donald Trump mengutuk keras insiden itu sambil menyifatkan perhimpunan memaparkan ‘sisi buruk’ pelbagai pihak termasuk jelas menanamkan rasa benci dan perkauman.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#perhimpunan
#polis
#terhempas
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan