awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina agama dengan makan babi, pempengaruh Indonesia dipenjara

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2023
09:19 MYT
Hina agama dengan makan babi, pempengaruh Indonesia dipenjara
Lina turut didenda 250 juta rupiah (RM76,175) yang mana tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya boleh dilanjutkan sehingga tiga bulan jika gagal membuat sebarang bayaran. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial
JAKARTA: Sebuah mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang wanita atas tindakan keterlaluannya mempersendakan agama Islam.
Pempengaruh, Lina Mukherjee, 33, disabit bersalah oleh hakim di Palembang, Sumatera Selatan pada Selasa kerana menyebarkan maklumat bertujuan mencetuskan kebencian agama terhadap individu dan kumpulan agama tertentu.
Tindakan tegas dikenakan ke atas Lina berhubung video provokasi dikongsi wanita itu pada Mac lalu yang membaca doa ketika mahu menjamah hidangan babi dan meraih jutaan tontonan.
Tertuduh yang mengakui dirinya sebagai Muslim menerima kritikan banyak pihak termasuk badan ulama tertinggi, Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang dengan lantang menyifatkan perbuatannya sebagai menghina agama.
Lina turut didenda 250 juta rupiah (RM76,175) yang mana tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya boleh dilanjutkan sehingga tiga bulan jika gagal membuat sebarang bayaran.
Difahamkan, ia adalah kes terbaharu menghina agama yang menggemparkan negara majoriti Islam tersebut.
Pada tahun lalu, pihak berkuasa menahan enam individu atas kesalahan sama berhubung promosi minuman alkohol percuma yang ditawarkan sebuah rangkaian bar untuk pelanggan bernama Mohammed.
Hukuman tegas itu tidak hanya dikenakan ke atas rakyat biasa malah bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok juga pernah dipenjarakan selama hampir dua tahun berhubung kenyataannya ketika berkempen pada 2017. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#influencer hina agama
#makan babi
#Indonesia
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan