awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Kong bimbang situasi kritikal, perintah kecemasan dilanjut sehingga Ogos

Agensi
Agensi
22/07/2020
11:30 MYT
Hong Kong bimbang situasi kritikal, perintah kecemasan dilanjut sehingga Ogos
Antara lain termasuk saringan ketat terhadap pengembara yang memasuki negara itu. Foto: Reuters
Kerajaan Hong Kong melanjutkan perintah kecemasan selepas negara itu kini berdepan keadaan kritikal dalam memerangi penularan COVID-19.
Perintah kecemasan tersebut mewajibkan rakyatnya menggunakan pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan di kawasan tumpuan ramai.
Antara lain termasuk saringan ketat terhadap pengembara yang memasuki negara itu.
Perintah ini akan dilanjutkan sehingga 5 Ogos sebagai usaha kerajaan republik itu memutuskan rantaian jangkitan dalam kalangan penduduk tempatan.
Menurut Setiausaha Kesihatan Hong Kong, Profesor Sophia Chan, rakyat digesa untuk duduk di rumah dan hanya keluar bagi urusan penting sahaja.
“Ketika ini, pandemik ini di peringkat kritikal, jadi saya ingin menggesa orang ramai untuk kekal duduk di rumah dan hanya keluar bagi tujuan penting.
“Orang ramai juga digesa untuk makan di rumah dan menghentikan penghimpunan awam bagi tujuan tidak penting,” jelasnya.
Setakat Selasa, Hong Kong mencatatkan 58 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif di negara itu kini 2,019 kes dengan 14 kematian.
Daripada jumlah baharu itu, 25 daripadanya tidak dapat dipastikan sumber jangkitan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hong Kong
#pelitup muka
#perintah kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan