awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital kanak-kanak di Gaza kini tidak berfungsi

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2023
00:00 MYT
Hospital kanak-kanak di Gaza kini tidak berfungsi
Kereta kebal tentera rejim Zionis Israel dilihat di luar tingkap Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi. - Foto X/Erez Neumark
GAZA: Pengarah Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi di Gaza pada Selasa berkata bahawa fasiliti kesihatan itu kini telah dikosongkan dan tidak lagi berfungsi.
Mustafa al-Kahlot berkata, ia rentetan daripada pengepungan tentera Israel di kawasan itu dengan menyekat bekalan elektirik, air dan oksigen untuk kegunaan hospital.
Hal itu sekali gus memaksa kakitangan perubatan, pesakit dan berpuluh-puluh keluarga pelarian yang tinggal di hospital itu berpindah.
Pemindahan itu juga tegas Mustafa, adalah satu bentuk paksaan oleh tentera rejim Zionis Israel.
“Proses pemindahan yang berlaku tengah hari Jumaat (10 Nov) terpaksa dilakukan.
"Hospital telah dikepung oleh kereta kebal dan air, bekalan elektrik dan oksigen terputus dan hospital menjadi sasaran, jadi kami terpaksa mengosongkan hospital," katanya.
Jelasnya lagi, beberapa pesakit terpaksa ditinggalkan di unit rawatan rapi semasa pemindahan, manakala ramai pesakit lain dibawa sama ada oleh keluarga mereka atau oleh kakitangan perubatan, kerana ambulans tidak dapat sampai ke hospital.
Seorang pegawai Hamas di Beirut berkata 25 daripada 35 hospital Gaza kini tidak dapat digunakan lagi dan lumpuh sepenuhnya kerana serangan kejam rejim Zionis Israel.
Topic Berkaitan
#Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi
#Gaza
#Israel
#tidak berfungsi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan