awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hotel mewah tawar pakej istimewa Obama

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2013
01:38 MYT
Hotel mewah tawar pakej istimewa Obama
Hotel-hotel mewah di sekitar Washington tidak mahu ketinggalan dalam usaha memeriahkan majlis angkat sumpah Obama.
Mereka tampil dengan pelbagai pakej khas bagi menarik lebih ramai tetamu untuk berkampung di bandar berkenaan.
Hotel Ritz-Carlton Washington umpamanya menawarkan pakej khas selama empat hari bernilai RM301,000 termasuk penginapan di salah sebuah bilik paling mewah di hotel itu.
Bagi pengurus hotel, David Child, pakej yang ditawarkan hotelnya cukup istimewa.
“Ia adalah sebuah pakej yang unik. Dua tiket penerbangan dalam negeri disediakan termasuk limosin serta pemandu dari lapangan terbang. Kami juga menyediakan lawatan khas di sekitar bangunan Capitol dan beberapa lokasi rahsia. Ini termasuk laluan yang akan dilalui oleh Presiden Obama.”
Bagi pengunjung yang masih berhasrat untuk menyaksikan majlis angkat sumpah Obama, mereka masih boleh berbuat demikian kerana bilik penginapan masih kosong.
Bagaimanapun, keadaan yang berbeza pula di Williard Intercontinental Hotel di Pennsylvania Avenue.
Menurut pengurus hotelnya, James Ryan, tempahannya di Hotel Intercontinental tidak begitu memberangsangkan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#angkat sumpah
#hotel
#Obama
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan