awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa, anak cedera tercampak ke dalam longkang
Amazon tamatkan sokongan model Kindle lama mulai Mei 2026
Kes tetak di Triang: Polis tahan empat lagi suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek gangguan seksual tren ditahan kurang 24 jam

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
11/04/2026
01:47 MYT
Suspek gangguan seksual tren ditahan kurang 24 jam
Siasatan awal turut mendapati suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam satu lagi kes gangguan seksual di Stesen Kuchai, Laluan Putrajaya. - Gambar hiasan
Rapid Rail Sdn Bhd mengesahkan seorang suspek kes gangguan seksual berjaya ditahan dengan bantuan pasukan Polis Bantuan Prasarana dalam tempoh kurang 24 jam.
Dalam kenyataan media pada 11 April 2026, Rapid Rail memaklumkan suspek, seorang warga asing berusia lingkungan 19 tahun, ditahan susulan operasi mengesan individu berkenaan selepas laporan saksi diterima pada 8 April lalu.
Laporan tersebut mendakwa seorang lelaki telah mengganggu seorang penumpang wanita di dalam tren Laluan Kelana Jaya.
Siasatan awal turut mendapati suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam satu lagi kes gangguan seksual di Stesen Kuchai, Laluan Putrajaya.
Menurut kenyataan itu, tindakan pantas Polis Bantuan Prasarana dalam mengesan dan menahan suspek mencerminkan tahap kesiapsiagaan serta kecekapan pasukan dalam memastikan keselamatan pengguna pengangkutan awam.
Suspek telah dibawa ke Balai Polis Sri Petaling untuk tindakan lanjut, dan pihak Rapid Rail akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia bagi membantu proses siasatan.
Dalam masa sama, Rapid Rail menyeru orang ramai agar segera melaporkan sebarang insiden gangguan kepada petugas stesen atau anggota Polis Bantuan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil.
Topic Berkaitan
#kes gangguan seksual
#warga asing
#rapid rail
#prasarana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan