awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan damai Iran–AS berlarutan hingga lewat malam
Laluan baharu Bangkok-KL Nok Air perkukuh kesalinghubungan udara
Kerajaan tidak kompromi unsur jenayah dalam kes kematian prebet Muhammad Amirul Raziq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tetak di Triang: Polis tahan empat lagi suspek

Sinar Harian
Sinar Harian
11/04/2026
03:54 MYT
Kes tetak di Triang: Polis tahan empat lagi suspek
Kesemua suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera antara 6 hingga 8 April. - Gambar hiasan

Polis menahan empat lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai minum di Triang, Bera pada 29 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata kesemua suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera antara 6 hingga 8 April.

“Setakat ini, lima tangkapan telah dibuat, dengan empat individu masih dalam tahanan polis, manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, pihaknya telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes itu, di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4 April lepas.

Beliau berkata seorang suspek direman bermula 7 hingga 10 April, manakala dua lagi direman bermula 8 hingga 13 April ini bagi membantu siasatan.

“Suspek yang ditahan pada 4 April lepas telah dilanjutkan tahanan reman selama empat hari bermula 10 hingga 13 April,” katanya sambil menambah polis sedang mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Zulkiflee berkata pihaknya telah melengkapkan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya, selain dua suspek dijangka dituduh di mahkamah pada Isnin ini mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau berkata mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan telah dibenarkan pulang pada Rabu selepas menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#kes tetak
#Bera
# Zulkiflee
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan