awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taylor Swift, Travis Kelce bakal berkahwin 3 Julai ini?
Tarikh akhir permohonan lepasan SPM ke IPT dilanjut sehingga 13 April
Konflik Asia Barat: Gangguan internet di Iran melebihi 1,000 jam

Bapa, anak cedera tercampak ke dalam longkang

Sinar Harian
Sinar Harian
11/04/2026
04:40 MYT
Bapa, anak cedera tercampak ke dalam longkang
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Bezza. -Foto Sinar Harian
Seorang lelaki dan anaknya berusia empat tahun cedera ringan selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan berhampiran Bonda Coconut Shake, Sungai Ara, di sini, pada pagi Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Bezza.
Mangsa dilaporkan tercampak ke dalam longkang besar berhampiran lokasi kejadian manakala motosikal yang ditunggang mengalami kerosakan.
Perodua Bezza terbabit turut terbabas sebelum masuk ke dalam longkang sama.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kedua-dua mangsa ditemui berada di dalam longkang ketika Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru tiba di lokasi.
“Penunggang motosikal yang berusia 39 tahun bersama anak lelakinya mengalami kecederaan ringan.
“Pemandu kereta bagaimanapun tidak berada di lokasi semasa ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, pasukan bomba yang bertugas di lokasi menjalankan ‘size up’ sebelum memberikan rawatan awal kepada mangsa melalui pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).
"Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Operasi yang melibatkan sembilan anggota bersama dua jentera iaitu FRT dan EMRS itu tamat sepenuhnya pada jam 8.41 pagi selepas keadaan disahkan selamat," katanya.
Turut berada di lokasi adalah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membantu pengurusan kes. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#Sungai Ara
#pulau pinang
#JBPM
#motosikal
#perodua bezza
#kanak-kanak cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.